Archive for the ‘Meet Dave’ Category

Ketagihan Kaki Wayang


Oleh YEO LI SHIAN
ls.yeo@kosmo.com.my

“SIAPAKAH pelakon yang memegang watak joker dalam filem Batman terbaru, The Dark Knight? Namakan pelakon yang berlakon sebagai kapten dalam kapal angkasa filem Meet Dave.

“Jika anda tahu jawapannya, dail sekarang. Pemanggil kelima dan ke-10 yang bertuah bakal memenangi empat keping tiket menonton filem-filem ini secara percuma. Apa tunggu lagi?”

Inilah antara soalan yang sering kita dengar di radio mahupun membacanya di akhbar. Ketika ramai antara kita tidak ambil pusing tentang hal ini, Shahrul Fawwaz Mohd. Amin dan Nor Hanif Hanapi tetap merebut peluang keemasan yang ditawarkan itu.

Bayangkan betapa bertuahnya anda jika dapat menonton wayang secara percuma. Bukan untuk sehari dua tetapi hampir setiap minggu. Rahsianya? Anda kena rajin mendengar radio dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan harapan anda menjadi antara pemenang bertuah memenangi tiket wayang tersebut.

Begitulah tuah yang menyebelahi Shahrul, Hanif dan seorang lagi rakan mereka, Dzulfadly Ismail sejak obsesi yang luar biasa terhadap wayang menjadi satu ‘hobi’.

Percubaan pertama Shahrul, 27, untuk memenangi tiket wayang percuma menerusi satu peraduan stesen radio menjadi titik tolak kepada ‘ketagihan’ ini.


mengunjungi panggung wayang seakan sudah sinonim dengan tiga jejaka ini.

Tiket pertama yang dimenanginya ialah untuk filem, Exit Wounds yang dibintangi Stephen Seagal kira-kira lapan tahun lalu.

Ketika kebanyakan daripada kita terpaksa berebut menunggu giliran membeli tiket di panggung wayang, Shahrul dan rakan-rakannya lebih ’selesa’ menanti waktu peraduan bermula.

Hampir sedekad menjadi kaki wayang, sudah semestinya, asam garam peraduan memenangi tiket wayang percuma, tidak perlu lagi diperjelaskan kepadanya.

“Kaedah penyertaan peraduan kini lebih kepada SMS. Deejay akan memberi kata laluan dan sekiranya jawapan berbentuk SMS anda, antara yang pertama atau kelima diterima maka, hadiah itu milik anda,” katanya membuka bicara dalam pertemuan bersama Kosmo! di ibu negara baru-baru ini.

Hasil daripada tuah yang datang, secara puratanya, juruanalisis sistem ini akan menonton wayang secara percuma dua kali seminggu.

Andai dikira secara kasar berdasarkan koleksi tiket wayang yang disimpan Shahrul, lebih 500 filem dan animasi Hollywood telah pun ditontoninya secara percuma. Ini satu jumlah yang mungkin lebih banyak daripada yang ditonton oleh seorang pengulas filem!

Sama ada filem popular mahupun kurang sambutan, Shahrul seakan sudah mampu menilai kualiti lakonan seseorang pelakon mahupun filem tersebut.

Cerita Shahrul, keseronokan memenangi tiket wayang adalah kerana pemenang akan menerima habuan keemasan menjadi antara orang pertama yang menonton sesebuah filem.

“Misalnya, filem Transformer, Hancock, The Mummy 3, The Dark Knight dan Pirates of the Carribean yang merupakan antara filem premier dunia. Malaysia adalah negara yang pertama menayangkannya sebelum ia ditayangkan di Amerika Syarikat (AS),” katanya.


bertuah sungguh dapat menjadi antara yang pertama untuk menonton filem premier.

Tidak menelan ‘modal’ yang tinggi, setiap penyertaan SMS untuk memenangi tiket tayangan sesebuah filem hanya memerlukannya membuat ‘pelaburan’ maksimum RM10.

“Setiap kali menang, kami akan mendapat dua atau empat keping tiket. Terpulang kepada ‘kemurahan’ pihak penaja iaitu Golden Screen Cinema (GSC) ataupun TGV. Jika empat tiket pun, dah mencecah nilai sekitar RM40. Jadi, berbaloi jugalah,” terangnya panjang lebar.

Walaupun bertuah berbanding sebilangan besar daripada kita kerana sering menonton wayang secara percuma, Shahrul akui ada kalanya filem yang ditonton tidak menepati jangkaan. Katanya, filem In The Name of The King yang dibintangi Jason Statham adalah contoh terdekat.

Seperti kebanyakan orang, filem The Dark Knight turut menjadi filem paling terkesan dalam minda Shahrul setakat ini. Menyifatkan lakonan Heath Ledger sebagai menakjubkan, Shahrul berpendapat Ledger berjaya mencipta legenda tersendiri dalam menghidupkan watak joker.

Dalam obsesi terhadap hobi ini, siapa sangka akan terjalin pula tali persahabatan bersama fanatik wayang yang lain. Nampaknya, panggung wayang yang menjadi saksi persahabatan antara Shahrul dan Hanif dari Kelantan.

Hanif yang juga berusia 27 tahun, mengakui telah empat tahun menonton wayang secara ‘percuma’. Semuanya hasil daripada usaha dan tuah memenangi tiket wayang menerusi peraduan dalam pelbagai media.

‘Ketagihan’ awalnya terhadap tiket-tiket wayang percuma juga berputik selepas ’sekadar mencuba nasib’.

“Selepas kali pertama mencuba, saya sentiasa teringin mencuba lagi dan obsesi itu akhirnya berlanjutan sehingga kini,” katanya.

Hanif pula menghabiskan purata RM5 sehari bagi mencuba nasib memenangi tiket wayang percuma. Namun, daripada hanya ‘berusaha’ sendiri, dia rela mendapatkan kerjasama rakan lain untuk meningkatkan peluang kemenangan.

“Saya, Shahrul dan beberapa orang rakan lagi akan berpakat untuk menanti waktu siaran stesen radio berbeza. Pernah beberapa kali, ketiga-tiga kami menang dan dapat lebih daripada enam tiket untuk menonton filem yang sama. Lepas tu, ajaklah ramai kawan pergi sekali,” ceritanya sambil tertawa besar.

Daripada peraduan anjuran stesen-stesen radio tempatan, Hanif tidak ketinggalan mencuba nasib memenangi tiket wayang menerusi majalah-majalah hiburan.

Seperti juga Shahrul, Hanif tidak menganggap ‘perbelanjaan’ yang dihabiskan untuk peraduan-peraduan ini satu pembaziran. Sebaliknya, tindakan ini ada ketikanya membuahkan ‘bonus’ tanpa dijangka.

“Hampir setiap kali sebelum sesebuah previu wayang bermula, akan ada ‘kejutan’ lain seperti cabutan bertuah. Saya pernah memenangi telefon bimbit sebanyak dua kali dan sekali pakej percutian,” tambahnya.


Nor HAnif, Dzulfadly dan Shahrul sudah membentuk ‘komuniti’sendiri dengan hobi ini.

Dalam usaha memenangi peraduan seumpama ini, mungkin sesetengah orang sanggup berdepan dengan pelbagai situasi. Hanif tidak terkecuali. Malah, dia pernah menjadikan tangannya sebagai ‘pertaruhan’ demi mendapatkan tiket untuk ke sebuah filem sekitar awal tahun ini.

“Pada masa itu, saya menyertai satu peraduan anjuran sebuah stesen radio melalui skuad perondanya. Ini yang paling susah dan sukar dilupakan.

“Syarat peraduan ialah tangan siapa yang boleh bertahan paling lama dalam baldi berisi ais akan menjadi pemenang dua tiket untuk filem, Flood.

“Selepas satu minit, daripada lima peserta, tinggal dua kerana tiga menyerah kalah. Saya dan seorang peserta wanita masing-masing bertahan lebih 10 minit. Tak sangka, dia pun boleh bertahan begitu lama. Tetapi, disebabkan pihak penganjur pun bimbang jika sesuatu kejadian buruk berlaku, maka kedua-dua peserta dikira pemenang,” jelasnya.

Nyata, peraduan tersebut meninggalkan kesan apabila tangannya masih terasa sakit biarpun selepas dua minggu peraduan itu berakhir.

“Selepas itu, saya tak berani nak buat lagi kerana saya terpaksa tanya doktor macam mana nak pulihkan tangan saya ketika itu,” katanya dalam nada kesal.

Seorang lagi geng kaki wayang Hanif, Dzulfadly Ismail, 28, pula terpengaruh dengan hobi ini kerana jalan mudah mendapatkan tiket wayang percuma.

Beliau mengakui telah menghabiskan sekitar RM600 dalam tempoh hampir tiga tahun bagi ‘melayan’ obsesi ini.

Kata Dzulfadly, dalam tempoh setahun, lebih kurang 54 buah filem yang ditontoninya hasil daripada kemenangan peraduan stesen radio. Walaupun begitu obses dengan hobi ini, dia memberitahu bulan Ramadan adalah tempoh untuk mereka ‘berehat seketika’.

“Kami memang tekun mengejar peraduan pada hari-hari biasa. Tetapi, setiap kali tibanya Ramadan, kami akan berhenti seketika, sebagai menghormati bulan yang mulia ini,” ujar anak kelahiran Pulau Pinang yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Kosmo

Another Murphey Dud


SINGAPORE : One of life’s biggest mysteries is how a movie like “Meet Dave” gets the Hollywood green light. One can’t help but think the pitch most likely boiled down to: “I assure you it won’t be as bad as ‘The Adventures of Pluto Nash’.”

With a plot that was most likely dreamed up by students who were on something special while reading Gulliver’s Travels, Eddie Murphy’s latest outing is indeed not as bad as “Pluto Nash” but is, unfortunately, still pretty unfunny and inane.

He plays Dave Ming Chang - his name chosen from Earth’s most common human monikers - who lands next to the Statue of Liberty in search of a stone he needs to save his planet. Dave also happens to be a human-shaped-and-sized spaceship powered by the tiny aliens within, captained by Murphy again (did you expect anyone else?).

Tired bodily-function gags, lame alien jokes, mixed with contrived sanctimonious pleas for compassion and open-mindedness, all build up to you wondering where on earth that Beverly Hills Cop went and if he’s ever coming back. -

Channel News Asia

Weekend Watch: Bintang Klasik ‘Live’ From Angkasapuri

Catch the finals of the RTM competition promoting traditional Malay songs.
SHARMILA BILLOT writes.

THE Bintang Klasik Nasional 2008 final will be carried “live” tomorrow at 8.30pm from Angkasapuri in Kuala Lumpur.
Hosted by Dia Fadilla and Sofia, the competition is RTM’s effort to promote traditional Malay songs.
Artistes performing in the show include R. Ismail, Anis Salwa, Musly Ramli, Muhaizam, Siti Sarah Raisuddin, Kenny Lee and Raz Alleycats. It airs over RTM1.
A Chinese variety show called Chiang Hung Music Station is premiering tomorrow over 8TV at 1pm.
Hosted by renowned Hokkien singers (Hong Rong Hong and Jiang Shu Na), the show will feature some well-known artistes.
For movie buffs, 8TV is airing The Making Of… Susuk on Sunday at 10.30am.
Directed by Naeim Ghalili and Amir Muhammad, this horror movie is about a dissatisfied young trainee nurse who turns to black magic to improve her looks.
The movie stars Anne Abdullah, Tony Eusoff, Sofea Jane, Aleeza Kassim, Ida Nerina and Tengku Marina.
Also on Sunday, ntv7 is airing The Making Of… Meet Dave at 1.30pm.
Directed by Brian Robbins, this comedy is about a crew of miniature aliens operating a spaceship that takes on human form.
The movie stars Eddie Murphy, Elizabeth Banks, Gabrielle Union, Scott Caan, Ed Helms and Kevin Hart.

TOMORROW

Panggung Sabtu (Hindi Movie)
(TV3, 2pm) - Barsaat
Anna and Arav meet and fall in love in the United States. But unknown to Anna, Arav is already married with a wife in India. Starring Bobby Deol, Bipasha Basu and Priyanka Chopra.

Crimson Tide (English Movie)
(TV3, 12.30am)
As the Russian civil war worsens, the American navy is alerted to a possible attack on the United States. Starring Denzel Washington, Gene Hackman and Matt Craven.

Bollygood Time On 2 - Mere Biwi Ka Jawab Nahin (Hindi Movie)
(RTM2, 12.30pm)
After childhood sweethearts Ajay and Durga marry, they relocate to Bombay where they are confronted with numerous neighbourhood problems. Starring Sridevi, Akshay Kumar, Anupam Kher and Gulshan Grover.

Demi Haunted (Chinese movie)
(8TV, 8.30pm)
Wan, a promising Chinese opera singer in the 1930s who was secretly in love with Ho Fung, dies in an accident. Years later, Wan’s ghost returns to possess the body of Chor, a young man working with a Chinese opera group. Starring Joey Yung, Nicholas Tse and Eason Chan.

The Fan (English movie) (RTM2, 9pm)
Baseball player Bobby Rayburn joins the San Francisco Giants. Gil Renard, a knife-seller, is an obsessive fan who tries everything in his power to help Rayburn when he plays the worst season of his career. Starring Robert De Niro, Wesley Snipes, Ellen Barkin and John Leguizamo.
SUNDAY

Game Boy Kids (Chinese movie)
(RTM2, 10pm)
When Big Brother Eight Tales is about to die, he appoints his midget assistant to succeed him. However, the dwarf has an identical “twin” in Kow Wai. So Kow ends up as the leader of the mobsters. Starring Andy Lau, Aaron Kwok, Rosamund Kwan and Sandra Ng.

The Crimson River (English movie) (RTM2, 12.30am)
Two French policemen, one investigating a grisly murder, the other working on the desecration of a young girl’s grave by skinheads, are brought together by evidence from their respective cases. After they start working together, more murders are committed and they begin to uncover the dark motives behind the killings. Starring Jean Reno, Vincent Cassel, Nadia Fares and Dominique Sanda.

New Straits Times