Dengarnya…High School Musical Sentuhan KRU


Oleh Normah Becok

ANGIN kus-kus yang hinggap kat telinga Cik Normah memberitahu yang tak lama lagi KRU Studio besar kemungkinan akan mengarahkan sebuah filem muzikal ala High School Musical. Kalau dah sebut ala filem sebegitu, mestilah pelakon utama yang bakal terbabit di kalangan selebriti muda.

Emmm… dengar-dengarnnya Edry bakal mengarahkan filem itu dan antara nama yang disebut memeriahkan filem itu seperti Dafi, Mila dan Diana Danielle.

Ada antara mereka Cik Normah dengar baru saja ke sesi uji bakat dan ketika itu belum pasti sama ada Mila atau Danielle yang bakal jadi heroin. Heronya mungkin Dafi laa. Wow… Cik Normah memang suka tengok filem High School Musical tambah pula ada hero kacak dengan renungan romantis, Zac Efron. Aduh… gugur jantung Cik Normah tatkala melihat lakonan dan wajahnya.

Kalau jadi, mungkin filem itu akan mulakan penggambaran tahun depan. Amboi, KRU sekarang ni Cik Normah dengar sangat aktif menerbit dan mengarahkan filem. Baguslah, itu satu perkembangan positif. Filem Cicak-Man - Planet Hitam akan ditayangkan pada 11 Disember ini di Malaysia, Brunei dan Singapura serentak. Tak sabar Cik Normah tunggu kemunculan sekuel filem Cicak-Man itu.

Jika benarlah KRU nak arah filem muzikal itu, Cik Normah pasti dengan gandingan muka baru dan popular yang cukup diminati, Insya-Allah ia satu resipi yang positif. Harap-harap boleh meletup. Kalau tambah meletup, boleh tawarkan watak kepada Cik Normah yang sentiasa muda remaja walaupun usia ini tidaklah seremaja Dafi, Mila dan Danielle.

Jadi heroin pun boleh sebab orang kata Cik Normah ni versatil, kira semua watak boleh buat. Berat ke, ringan ke, Insya-Allah akan Cik Normah buat. Kawan Cik Normah bagi tahu, pelakon dan pengarah M Subash pun tawar kat dia watak ala psiko gitu.

Berita Harian

Comments are closed.