Archive for September, 2008
Keluarga, Rakan Kuatkan Hudgens

LOS ANGELES - Aktres popular, Vanessa Hudgens (gambar) berasa lega selepas skandal gambar bogelnya yang tersebar di internet kini sudah berakhir, lapor sebuah akhbar semalam.
Hudgens, 19, sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas beberapa gambar bogelnya dicuri dan disiarkan di internet sehingga menjejaskan imejnya.
Aktres yang popular dengan filem High School Musical itu berkata, dia berasa sangat malu apabila gambar bogelnya ditonton oleh berjuta-juta pengguna internet.
Bagaimanapun, Hudgens memberitahu bahawa dia gembira kerana skandal itu telah berakhir dan kini mahu meneruskan kehidupannya.
Menurutnya, dia dapat menghadapi tempoh sukar dalam kehidupannya itu dengan sokongan keluarga, rakan dan para peminatnya.
“Saya sangat berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap saya,” katanya. - Agensi
Kosmo
Enggan Kembali Miskin
Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

SEBAGAI salah seorang aktor muda popular Hollywood, Shia LaBeouf memang sudah biasa dengan kehidupan glamor yang sentiasa menjadi perhatian umum.
Namun, apabila dia bertemu dengan salah seorang pegawai CIA yang ditugaskan sebagai penasihat di lokasi penggambaran untuk filem sains fiksyen terbarunya, Eagle Eye, Shia terkejut dengan realiti yang baru diketahuinya.
Semasa mereka sedang berbicara mengenai plot filem Eagle Eye, Shia terkejut apabila mengetahui bahawa orang awam secara umumnya juga tidak mempunyai ruang peribadi sepenuhnya.
Pegawai CIA itu menjelaskan teknologi yang digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengawasi orang awam wujud seperti dalam filem tetapi tidak secanggih itu. Ini bermaksud orang awam juga tidak bebas sepenuhnya.
Dalam filem ini, Shia memainkan peranan sebagai Jerry Shaw, anak yang tidak berguna dalam keluarganya. Kembarnya bekerja di Pentagon manakala Jerry seorang yang tiada motivasi diri serta tidak menghabiskan pelajaran di Universiti Stanford dan bekerja di kedai fotokopi.
Hidup Jerry berubah suatu hari apabila dia tiba di rumahnya dan mendapati ia penuh dengan bahan letupan untuk membuat bom. Apabila dia ke ATM, dia mendapati simpanannya yang kosong sebelum ini mempunyai wang sebanyak AS$750,000.
Shia yang lahir dan membesar di Los Angeles mula berlakon pada usia 11 tahun. Hanya dalam masa 18 bulan, Shia terlibat dalam empat projek mega yang diarahkan atau dinasihatkan oleh Steven Spielber, Disturbia, Transformers, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull dan Eagle Eye.

MAHU menikmati usia muda dengan gaya dan kehidupan yang sama seperti lelaki seusianya.
Ingin ketahui pengalaman Shia yang turut dibintangi oleh Michelle Monaghan, Rosario Dawson, Ethan Embry dan Billy Bob Thornton, ikuti petikan temu bual Shia yang disediakan United International Pictures (UIP) Malaysia.
Eagle Eye adalah filem aksi tanpa henti. Memang seronok untuk ditonton tetapi adakah proses rakamannya menyeronokkan?
SHIA: Ya. Ia adalah seperti menghadiri kem musim panas dengan kawan baik anda. Pengarahnya, DJ Caruso amat menyeronokkan. Kami berdua sukakan sukan dan boleh pergi bermain Super Bowl dipertengahan rakaman.
Adakah Eagle Eye membuatkan anda melihat teknologi moden dengan perspektif berbeza? Adakah benar misi Steven Spielberg adalah untuk menakutkan penonton sehingga tidak berani mengaktifkan telefon bimbit mereka?
Steven ingin orang ramai berasa sama seperti apa yang mereka rasakan selepas menonton Jaws. Tiada siapa yang berani mandi di laut selepas menonton Jaws. Dia mahu penonton keluar dari pawagam dengan perasaan takut yang sama dengan telefon bimbit mereka.
Rasanya adakah manusia sekarang terlalu bergantung kepada teknologi?
Ya. Saya rasa kita berada pada era di mana kita semua bergantung kepada teknologi. Ia adalah terlalu canggih sehingga ada kalanya kita perlu takut dengan teknologi.

FILEM Eagle Eye bakal meninggalkan stigma negatif penonton terhadap penggunaan telefon bimbit.
Ada beberapa penasihat dari CIA, FBI dan kerajaan AS terlibat dalam produksi ini. Apa yang mereka beritahu mengenai teknologi yang digunakan oleh kerajaan?
Saya berjumpa dengan seorang ejen CIA semasa penggambaran dan dia telah memberitahu satu daripada lima panggilan yang dibuat sebenarnya telah dirakamkan. Saya hanya ketawa dan tidak mempercayainya. Dia kemudian memainkan rakaman bualan saya dua tahun dulu. Ia amat menakutkan.
Apa yang berlaku? Adakah dia memberitahu anda bahawa dia boleh melakukan rakaman itu dan balik keesokannya dengan rakaman perbualan lama anda?
Dia datang seminggu kemudian. Bukan itu sahaja, banyak lagi teknologi yang boleh digunakan untuk mengawasi mereka yang dirasakan akan mengancam keselamatan negara. Ia adalah mengenai mereka disebalik teknologi yang boleh menyebabkan peperangan.
Orang popular seperti anda sentiasa menjadi tumpuan umum tetapi sebenarnya semua orang di dunia ini diperhatikan?
Betul. Saya mungkin menjadi tumpuan umum dan ia adalah sesuatu yang normal kerana aspek kerja saya dan tidak mempunyai sebarang masalah dengannya. Namun, bagi orang biasa, ia adalah menakutkan kerana mereka berpendapat mereka mempunyai ruang peribadi.
Berbalik kepada penasihat CIA dan FBI, mereka pastinya orang yang seronok untuk diajak berbual.
Filem seperti Eagle Eye adalah mengenai kebenaran. Ada teknologi yang dipaparkan dalam filem ini wujud. Namun, penasihat ini tidak akan memberitahu semua perkara atas tujuan keselamatan. Mereka akan menasihatkan kami apa yang boleh dan yang tidak boleh dikatakan. Apa yang pasti mereka mempunyai banyak rahsia.
Pihak kerajaan memberikan banyak kebenaran kerana produksi ini dibenarkan untuk menjalankan rakaman di Pentagon.

Apabila anda mempunyai Steven Spielberg, semuanya adalah tidak mustahil. Itulah kelebihan Steven. Eagle Eye adalah filem sains fiksyen yang merupakan idea Steven 10 tahun lalu. Kini ia bukan lagi fantasi sains fiksyen tetapi lebih kepada realiti hidup.
Terdapat satu babak menarik di mana watak anda (Jerry Shaw) yang miskin telah pergi ke ATM dan kemudian mendapati bank anda mempunyai AS$750,000. Pernahkah anda melalui situasi sebegini?
Saya mula berlakon pada usia yang muda. Jadi saya tidak pernah mempunyai kad ATM. Cuma semasa saya berusia 16 tahun saya mempunyainya. Ibu bapa saya bukannya orang yang mementingkan kekayaan dan kami tidak mempunyai penasihat kewangan.
Cuma sekarang saya mampu menampung keluarga dengan wang yang saya dapat menerusi lakonan. Tetapi ini tidak bermaksud saya boleh berbelanja sesuka hati. Saya cuma berusia 22 tahun dan perlu hidup seperti mereka yang berusia 22 tahun.
Rasanya tidak ramai pelakon Hollywood yang berfikir seperti anda.
Saya bukannya pelik tetapi pernah hidup miskin sebelum ini. Ia bukan perkara yang seronok untuk membesar dalam kemiskinan. Saya tidak mahu kembali kepada alam kemiskinan itu lagi. Jadi adalah lebih baik bagi saya hidup secara sederhana.
Semasa anda terlibat dalam filem Disturbia dengan DJ Caruso, pernahkah anda berfikir filem ini akan mencapai tangga pertama di AS pada minggu pertama tayangan?
Tidak. Tiada sesiapa yang pernah berfikir filem ini mampu mencapai tahap nombor satu untuk tiga minggu berturut-turut.
Jadi kini anda kembali bersama DJ dengan Eagle Eye.
Semasa kami berada di Jerman untuk mempromosikan Disturbia, dia sedang bersiap-sedia untuk filem Eagle Eye. Saya pula sedang bersedia untuk filem Indiana Jones dan Transformers 2. Ketika itu, DJ ingin mendapatkan aktor berusia 35 tahun. Kami saling bertukar idea dan apabila tarikh rakaman semakin menghampiri, saya menjadi satu-satunya pilihan.
Cabaran untuk menjayakan babak berlawan dalam filem ini?
Ia adalah faktor fizikal. Dalam Indiana Jones, aksinya lebih bersifat humor. Dalam Transformers adalah dunia yang berlainan dengan kecanggihan sains fiksyen serta kesan khas. Manakala dalam Eagle Eye, ia amat kandid, realiti dengan aksi pantas. Babak berlawan dalam Eagle Eye amat menyakitkan kerana anda akan cedera dan merasai kesakitannya.
Bagaimana dengan progres sekuel Transformers, Transformers: Revenge of the Fallen? Ramai peminat Transformers yang ingin mengetahui perkembangannya.
Ia lebih gagah daripada filem pertamanya. Michael Bay sedang mengemaskini aksinya. Michael mahu penonton teruja apabila menontonnya.
Minggu lalu, kami telah meletupkan jambatan dan satu bandar. Sehari sebelum itu, kami merakamkan babak empat helikopter yang meletup terhempas di atas bangunan dan saya berlari ke arahnya. Semuanya amat gila dan ini adalah filem paling sukar setakat ini dari segi fizikal.
Kosmo
Two Local Films To Be Featured At Pusan International Film Festival
SINGAPORE : Two Singapore films, “My Magic” and “12 Lotus”, will be featured at the 13th Pusan International Film Festival in Korea next month.
Eric Khoo’s “My Magic”, a story about a down-and-out ex-magician and his young son, is also Singapore’s official entry for the Best Foreign Language Film Award at the Oscars (Academy for Motion Pictures Arts and Sciences).
“12 Lotus”, a 121-minute film from Raintree Pictures, Studio 10TwentyEight, Scorpio East Pictures and Infinite Frameworks, narrates a tale about Lian Hua, a talented singer who yearns for acceptance from the people she loves.
It is Royston Tan’s second film to screen at the Pusan International Film Festival, following the successful premiere of his first musical “881″ at the Festival last year.
The festival is being held in Pusan from October 2 to 10.
Another Singapore production, “Sing To The Dawn” - an animated feature about the coming-of-age of a young girl in a rural village who fights for her right to education - will have its international premiere at the Focus AniAsia section (Animation programme) of the Pusan International Film Festival.
The movie is based on the award-winning book by Minfong Ho. And the film is co-produced by Raintree Pictures, Media Development Authority (MDA), Infinite Frameworks and Scorpio East Pictures.
“Sandcastle”, a psychological drama directed by Boo Junfeng, is Singapore’s entry among 30 projects selected for the Pusan Promotion Plan.
The Plan is a platform for film-makers and producers to meet potential co-producers to explore financing and co-production opportunities.
Kenneth Tan, director of the Singapore Film Commission and chief operating officer of MDA, said the exposure that Singapore companies get at the Pusan International Film Market is good for the country’s profile and industry development.
He said: “Not only are Singapore films capturing the attention of consumers and distributors worldwide, they are also winning significant international accolades. Our goal is to produce 15-20 internationally-marketable feature films each year.”
A Singapore Pavilion will be set up at the Asian Film Market, the trade component of the Festival, to market Singapore titles.
The titles include “The Funeral Party”, directed by Glen Goei; “Breakfast, Lunch, Dinner”, a trilogy by Asian women directors Eva Tang, Anocha Suwichakornpong and Peng Shan; Brian Gothong Tan’s “Invisible Children” and Jack Neo’s “Money No Enough 2″. - CNA/ms
Channel News Asia